Wednesday, October 27, 2010

Satu hari di hari Rabu

Pagi-pagi pi pekena roti canai telur.Ingat nak diet.Selalunya gi minum air herbalife dulu.Sampai kedai dah 9 lebih.Siapkan langsir tempahan pelanggan yang nak pakai untuk kenduri kahwin pada 30hb.29hb.dah nak gi kl.konvo anak.Tunggu anak murid datang tak datang2.Kul 10 gi minum air herbalife.Tak boleh jadi.Dah import cholestrol kena detox balik.Hampir kul 11 anak murid call.Asri dan Ziha dah menunggu depan pintu kedai.Kelas pun bermulalah.Asri siap potong baju kebaya isteri dia.Untung isteri dia.(sayang isteri sanggup belajo).Ziha pun dah buat baju kurung kedua dia.Semua bersemangat.Sambil-sambil tu aku gunting baju blaus untuk pakai gi kl.Masa tengah rajin dan ada mood.Kalau tak ada mood jeling aje baju kat gerai Ani kat bawah tu.Kul 2 baru dia orang berenti kelas.Kul 3 keluar ke Indera mahkota kejap.Nasib baik senang cari tempat yang hendak dituju.Dulu nak cari sek ren indera mahkota pun sampai 3 kali pusing tak jumpa.Maklumlah dulu biasa jadi mem duduk sebelah drebar aje.Dah drive sendiri baru padan muka.Kul 4.30 baru balik ke kedai semula.Sambung balik siapkan baju.Sedar-sedar dah kul pukul 6.Balik singgah Taman Tas.Nak beli butang,ternampak pulak buku langsir.Maka terjadilah perbelanjaan tak terancang.Tak apa.Perlaburan.Boleh juga selit paten baru langsir dalam kursus asas langsir nanti.Sampai rumah dah kul 7.Kul 8 start tuisyen budak darjah 4 dan 5.2 orang saja.Bulan depan kena stop.Nak tumpu pada kedai.Sedang mengajar ada pulak pelanggan datang rumah nak tempah baju raya aji.Regular customer.Kenalah layan.Kul 10 habis kelas .Layan intenetlah pilak.Dah kul12.40.Penat.Itulah satu hari dalam hidup.

Wednesday, October 20, 2010

Memulakan perniagaan sendiri.

Saya memulakan perniagaan pada tahun 2001.Ketika itu saya baru beberapa bulan habis kursus langsir pada kali kedua.Ada orang bertanya kepada saya.Kenapa ikut kursus langsir lagi?Saya katakan yang nak cari lebih lagi.Mana tau masih ada yang tercicir dalam kursus yang dulu.Ketika mengikuti kursus dengan mara,cikgu yang mengajar lebih muda dari saya.Dia menceritakan tentang kegigihan beliau dalam bidang ini.Saya menyampuk,cikgu tak apalah anak tak ramai lagi(Ketika itu saya sedang mengandung anak ketujuh)Jawapan beliau kepada saya sangat saya ingati hingga sekarang.Jangan jadikan anak sebagai alasan untuk tidak berjaya.Terima kasih cikgu Siti dari Zieza Fashion.Seperti yang saya katakan tadi,selepas lebih kurang 2 bulan habis kursus langsir yang kedua,saya memberanikan diri untuk membuka kedai sendiri secara kecil-kecilan.Saya katakan pada diri sendiri,kalau orang lain boleh buat kenapa tidak saya.Saya memang selalu cemburu melihat kejayaan orang lain.Saya mengambil pelajar yang ingin belajar baju kurung dan langsir.Saya masih ingat pelajar pertama saya bernama Zarina.Dia seorang pelajar yang agak tekun.Ketika itu baju yang saya pandai hanyala buat baju kurung.Sedikit demi sedikit saya mula belajar buat baju kurung moden dan kebaya.Alhamdulillah Zarina sekarang sudah boleh mengambil tempahan.Dia masih datang rujuk kepada saya jika ada yang dia tak tau.Seorang pelajar kursus langsir (yang masih saya ingat.Yang tak ingat tu minta maaf.jemputlah keblog saya ni)yang saya dengar hebat juga ialah Siti Jawahi dari Mentakab.Dah ada bisnes sendiri katanya.Seorang pelajar saya dari Pancing Selatan juga sudah bergelar tukang jahit.Ada 2 orang di situ.Ketika itu kedai saya beroperasi di Taman Tas Kuantan.Saya juga telah menjemput tenaga pengajar luar untuk mengajar ditempat saya.Cikgu Ramli yang saya sangat2 berterima kasih kerana beliau saya boleh mengajar orang lain untuk membuat baju melayu,baju kemeja,baju raihan dan seluar slack.Rasanya sampai disini untuk kali ini.tunggu sambungan seterusnya.

Tuesday, October 19, 2010

Bagaimana saya boleh melibatkan diri dalam bidang jahitan.

Saya sebenarnya merupakan bekas graduan universiti kebangsaan malaysia.Saya mengambil bidang sains.Lebih khusus lagi bidang kimia.Semasa saya habis belajar,keaadan ekonomi negara agak tidak memberangsangkan.Ramai diantara rakan-rakan yang keluar ketika itu tidak memperolehi pekerjaan.Tapi keaadaan ketika itu mungkin tidak seteruk sekarang,kerana masih ada yang mendapat pekerjaan dibidang-bidang tertentu walaupun bukan dibidang yang mereka pelajari.Contohnya ada yang menyambung pelajaran di bidang perguruan atau buat 'dip-ed'.Ada juga yang berkerja di jabatan hasil dalam negeri walaupun mereka mengambil bidang kimia semasa belajar dulu.Saya sendiri pernah menyambung pelajaran di uitm(dulu di kenali sebagai itm)Shah Alam dalam jurusan System Analyst.Malangnya oleh sebab faktor keawangan,saya hanya mampu bertahan selama sebulan.Tambahan ketika itu saya mendapat tawaran sebagai pekerja Skim Khidmat Siswazah di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang secara kontrak.Selepas 9 bulan di Kuantan saya,berpindah ke Kuala Lumpur.Di Kuala Lumpur saya berkerja sebagai tutor sambilan di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan Penunjukajar dimakmal Universiti Pertanian Serdang dan juga Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.Saya juga pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Perempuan Seri Aman Petaling Jaya ketika saya masih bujang.Selepas saya berumah-tangga saya bekerja sebagai pembantu penyelidik di Jabatan Kimia di Universiti Malaya.Juga secara kontrak.Oleh kerana pekerjaan secara kontrak tidak menjamin apa2,saya dan keluarga berpindah semula ke Pahang pada tahun1991.Kami tinggal di bandar Pekan.Di sini saya berkerja sebagai 'Planning Officer di sebuah kilang elektronik dengan gaji permulaan sebanyak rm600 sebulan.(walaupun saya memiliki ijazah).Hanya hampir selepas 2 tahun barulah gaji saya  di naikkan menjadi rm800.Dengan gaji sebanyak itu ditambahi dengan bilangan anak semakin bertambah,berulang-alik dari Kuantan ke Pekan,akhirnya saya terpaksalah berubah jawatan sekali lagi.Surirumah sepenuhmasa.Tetapi oleh kerana sudah biasa tak duduk diam,saya cuba menceburi bidang jahitan dengan sebagai permulaannya saya mengambil upah menjahit baju untuk sebuah butik di Kuantan.Sebenarnya saya sudah mula belajar menjahit baju kurung sikit-sikit sejak sekolah menengah lagi.Ini disebabkan saya selalu kompen baju yang mak saya buatkan untuk saya.Selalunya mak saya buatkan baju yang agak besar untuk saya supaya bila saya besar sikit,saya masih boleh pakai baju tersebut.Oleh itu mak saya suruh saya buat sendiri.Semasa saya mengandung anak yang ke tujuh,saya bosan kerana tiada apa yang hendak di buat.(Baju butik hanya sekali-sekala),saya mengikuti kursus membuat langsir dengan MARA selama seminggu.Tamat kursus saya masih belum berani menumpu sepenuhnya pada bidang ini.Hanya setelah mengikuti kursus asas langsir dengan Ex-Home Deco barulah saya berani mengadakan kursus-kursus untuk pelanggan saya.Saya akan sambung lagi cerita bagaimana saya memulakan perniagaan saya.

Monday, October 18, 2010

Kelas Menjahit dalam Bulan November 2010

Saya akan mengadakan kelas menjahit untuk Bulan November akan diadakan pada tarikh berikut bertempat di:
Tingkat 1, Kompleks Teruntum, Kuantan, Pahang.

1. Kursus Menjahit Cadar dan Komforter:
    Hari      : Ahad, 7 November, 2010,
    Masa    : 9.00 pagi hingga 5.00 petang,
    Yuran   : RM 150.00 seorang.
    Peserta : 10 orang sahaja (TEMPAT TERHAD).
    Untuk tempahan hubungi Pn Sharipah, H/P 019-931 6895.




2. Kursus Menjahit Baju Kurung Moden Dan Sulaman Manik:

    Hari      : Ahad, 21 November, 2010,
    Masa    : 9.00 pagi hingga 5.00 petang,
    Yuran   : RM 180.0 seorang.

    Peserta : 10 orang sahaja (TEMPAT TERHAD).

    Untuk tempahan hubungi Pn Sharipah, H/P 019-931 6895.

3. Kursus Asas Langsir

    Hari      : 14 November, 2010,
    Masa    : 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, (3 jam sehari / selama 4 minggu)
    Yuran   : RM 500.00 seorang. TAWARAN RM 350.00 untuk Bulan November, 2010
    Peserta : 10 20 orang sahaja (Kuantan, akan ditentukan kemudian).

    Keterangan lanjut kursus kunjungi http://usahawan.net.my/jeza_maju/

  
    Untuk tempahan hubungi Pn Sharipah, H/P 019-931 6895.Deposit RM100.00.Baki pembayaran boleh dibuat pada hari kursus dimulakan.

    Pembayaran boleh dibuat melalui CIMB 06-12000-455-405-6

    Tarikh tutup permohonan : 7 November, 2010.

Friday, October 15, 2010

Kelas Langsir dan Pakaian di Kompleks Teruntum, Kuantan

Kelas Jahitan Pakaian dan Langsir di Kompleks Teruntum, Kuantan:
a)  Kelas Jahitan Pakaian Wanita dan Lelaki:
     Masa : 16 jam
     Yuran : RM 200.00
     Masa : Call 019-931 6895

b) Kelas Asas Jahitan Langsir:
    Masa : 16 jam
    Yuran : RM 250.00
    Masa : Call 019-931 6895

Kelas secara individu atau berkumpulan
No 101, Tingklat 1,
Kompleks Teruntum,
Kuantan,
Pahang

Tempahan untuk mengajar di luar juga boleh dirunding.

Peta Kuantan, Pahang.

Gambar pelajar sedang menjahit