Sunday, September 11, 2011

selepas raya

Setelah seminggu bercuti raya,akhirnya kesibukan mula melanda semula.Terpaksalah kerja lebih masa.Ada masanya terpaksa balik malam.Kalau dulu sibuk dengan baju raya,sekarang sibuk baju orang nak kahwin pula.Ada yang tempah baju nak gi dinnerlah.Mak andam pun dah mula busy menempah.Tahun ni saya mula maju selangkah lagi.Buat baju baju pengantin.Bukan nak buka andaman.Cuma buat baju.Pelajar baru pun dah mula masuk.Ramai yang menalipon.Kelas jahitan masih ada puan.Insyaalah ada lagi.Yurannya pun masih sama.Rm200 untuk 16 jam.Nak belajar baju perempun atau baju lelaki,dua2 boleh.Nak belajar buat baju pengantin pun boleh.Tapi mestilah dah ada asas jahitan pakaian.kalau tidak susah juga.Kelas langsir pun boleh.Dalam masa yang sama kelas membuat roti anak saya pun dah mula berjalan.Insyaalah kelas pertamanya akan bermula pada 22 hb.sept.2011.Kelas membuat coklat saya pun insyaalah akan saya adakan.Sudah ada seorang dua yang bertanya.Tunggu cukup korum saya akan adakan(akan adakan pada hujung minggu sahaja).Mungkin ada yang akan berkata,wah banyaknya saya buat.Saya ada mendengar seorang ustaz diradio berkata,untuk sampai kepuncak gunung kita akan menempuh pelbagai cubaan.kalau tidak kita tak akan sampai kepuncak.Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.Ini gambar2 roti yang saya sendiri pergi belajar buat.
 
 

Sunday, September 4, 2011

Hadiah sebuah kesusahan.

Sepanjang bulan puasa,biasanya selepas sahur saya akan menonton tv9,sambil menunggu waktu subuh.Diwaktu2 begini saya suka menonton rancangan halaqah.Banyak memberi keinsafan kepada saya.Salah satu dari rancangan tersebut ialah hadiah sebuah kesusahan.(kalau tak silap).Saya renungi kehidupan saya sendiri.Memang betul bila kesusahan melanda kita akan jadi lebih mendekati dan mengingati yang Maha Esa.Betullah kata orang,Allah duga kita kerana Dia sayangkan kita.Mungkin kalau tiada dugaan,kita akan jadi alpa.Maklumlah semuanya selesa.Kesusahan juga menguji kasih sayang,menjadikan kita lebih kreatif,lebih tabah dan matang serta lebih menghargai apa yang kita ada.Semoga ketabahan akan terus menjadi milik saya.Islam banyak mengajar umatnya menjalani hidup yang lebih sempurna.Semoga orang2 yang saya sayangi juga memperolehi apa yang saya hayati sekarang.Kesusahan adalah hadiah yang bernilai yang mungkin sukar bagi seseorang yang sukar untuk memahaminya.Tapi rahmat bagi yang mengetahuinya.Jadi sesiapa yang diluar sana mengalami kesusahan samada dari segi mental atau fizikal,sabarlah.ada sesuatu hikmah sedang menanti anda.
Bacalah doa ini.Ya Allah,aku berlindung dengan-MU daripada rasa susah dan dukacita,aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas,aku berlindung dengan-Mu daripada sifat penakut dan bakhil,aku berlindung dengan-Mu daripada bebabnan hutang dan penindasan orang lain.Bacalah pada waktu pagi dan petang.

Thursday, August 11, 2011

kursus asas langsir

KURSUS:ASAS LANGSIR

TEMPAT:TINGKAT1 KOMPLEK TERUNTUM

YURAN:RM350-tawaran istemewa

TARIKH: AKAN DIADAKAN SEMINGGU SELEPAS RAYA-SETIAP HARI AHAD

TEMPOH: 4 MINGGU.

KANDUNGAN KURSU:

ASAS PEMASANGAN REL LANGSIR
ASAS PENGIRAAN
MEMBUAT LANGSIR: LANGSIR ASAS.
ROYAL SCALLOP
TIE SCALLOP
BOX PLEAT
GOBLET PLEAT
FEESTOON BLIND
SET CADAR FITTED
ALAS MEJA,APRON,CHAIR SLIPPED OVER COVER,COMFORTER

TEMPAT ADALAH TERHAD.SILA HUBUNGI 0199316895 UNTUK PERTANYAAN.

Monday, May 16, 2011

cite pasar malam

Seorang ibu,menjual tudung (macam tudung ariani) berkata :saya menjual 3 kali seminggu. dapatlah lebih kurang Rm2,000 sebulan.

Seorang ibu muda(lingkungan 31 tahun )menjual ais blended berkata: purata pendapatan saya seminggu rm2,000.

Peniaga keropok leko datang menjual dengan van yang agak usang.Tetapi bila hari dia tak turut menjual(hanya pekerja menjual) datang dengan Toyota Camri.

Seorang jiran saya menjual nasi ayam dan nasi beriani mempunyai 3 buah kereta,sebuah rumah besar(anggaran rm250,00) sebuah lori dan sebuah rumah kos sederhana..

Mungkin banyak lagi cerita2 yang tidak kita ketahui.

Oleh itu kepada anak2 atau adik2 yang menganggur diluar sana tu cuba fikir2kan.Negara kita kaya dengar rezeki.Orang asing sanggup masuk secara haram ke sini,kenapa kita hanya berpeluk tubuh memandang.

Saturday, March 26, 2011

Pakej-pakej kelas yang diadakan oleh JEZAMAJU ENTERPRISE

Setelah skian lama saya tidak mengadakan kelas-kelas kemahiran,kini saya akan cuba mengadakan kelas-kelas tersebut:.Berikut adalah jadual kelas:

Kelas Cadar Fitted
Tarikh : 3 . 4 . 2011
Yuran : RM 50.00

Baju Kurung Moden(Tidak termasuk kain)
Tarikh : 10 . 4 . 2011
Yuran : RM 50.00

Kain Kipas/Kain Lipat Batik
Tarikh : 17 . 4 . 2011
Yuran : RM 50.00

Handmade Chocolate
Tarikh : 18 . 4 . 2011
Yuran : RM 150.00

Comforter Bujang
Tarikh : 24 . 4 . 2011
Yuran : RM 100.00

Deco 'Cupcake'
Tarikh : 25 . 4 . 2011
Yuran : RM 80.00

Deco Kek Hari Jadi
Tarikh : 29 . 4 . 2011
Yuran : RM 200.00


Insyaalah kelas kelas lain akan menyusul selepas ini.Kelas jahitan pakaian dan langsir masih dijalankan seperti biasa.Cuma yuran nya dah berubah.


Yuran kelas pakaian:RM200 /16jam

Yuran kelas Langsir RM250/jam

Saturday, January 22, 2011

Catitan awal 2011

Alhamdulillah dalam seminggu ni ramai juga pelajar baru mendaftar untuk belajar menjahit.Sekurang-kurangnya dapat jugalah menebus balik masa yang terlepas selama hampir 3 minggu membantu anak buat bisnes roti.Sekarang bolehlah tumpukan pada kelas jahitan pula.Bukan senang nak couch orang buat bisnes.Tambah2 anak sendiri.Motivasi sentiasa kena beri.Nak kena beri semangat setiap masa.Walaupun dah masuk tahun ke10 saya menjalankan perniagaan,banyak halangan yang terpaksa saya tempuhi.Ada ketikanya saya juga hampir putus asa.Tercabar juga kesabaran.Syukur alhamdulillah ramai juga kawan2 yang memberi sokongan.Terima kasih kawan2.Doakan saya terus berjaya.
Kalau tiada halangan mungkin minggu depan orang Sabah(tinggal di Kuantan) akan turut belajar ditempat saya.Memang saya tidak mnyediakan apa2 sijil.Namun saya bangga kerana sudah ramai yang berjaya menjana pendapatan sendiri .Semoga saya dikurniakan Allah kesihatan yang baik agar saya dapat mencurahkan ilmu kepada mereka yang memerlukan.Amin.