Saturday, January 22, 2011

Catitan awal 2011

Alhamdulillah dalam seminggu ni ramai juga pelajar baru mendaftar untuk belajar menjahit.Sekurang-kurangnya dapat jugalah menebus balik masa yang terlepas selama hampir 3 minggu membantu anak buat bisnes roti.Sekarang bolehlah tumpukan pada kelas jahitan pula.Bukan senang nak couch orang buat bisnes.Tambah2 anak sendiri.Motivasi sentiasa kena beri.Nak kena beri semangat setiap masa.Walaupun dah masuk tahun ke10 saya menjalankan perniagaan,banyak halangan yang terpaksa saya tempuhi.Ada ketikanya saya juga hampir putus asa.Tercabar juga kesabaran.Syukur alhamdulillah ramai juga kawan2 yang memberi sokongan.Terima kasih kawan2.Doakan saya terus berjaya.
Kalau tiada halangan mungkin minggu depan orang Sabah(tinggal di Kuantan) akan turut belajar ditempat saya.Memang saya tidak mnyediakan apa2 sijil.Namun saya bangga kerana sudah ramai yang berjaya menjana pendapatan sendiri .Semoga saya dikurniakan Allah kesihatan yang baik agar saya dapat mencurahkan ilmu kepada mereka yang memerlukan.Amin.