Tuesday, October 19, 2010

Bagaimana saya boleh melibatkan diri dalam bidang jahitan.

Saya sebenarnya merupakan bekas graduan universiti kebangsaan malaysia.Saya mengambil bidang sains.Lebih khusus lagi bidang kimia.Semasa saya habis belajar,keaadan ekonomi negara agak tidak memberangsangkan.Ramai diantara rakan-rakan yang keluar ketika itu tidak memperolehi pekerjaan.Tapi keaadaan ketika itu mungkin tidak seteruk sekarang,kerana masih ada yang mendapat pekerjaan dibidang-bidang tertentu walaupun bukan dibidang yang mereka pelajari.Contohnya ada yang menyambung pelajaran di bidang perguruan atau buat 'dip-ed'.Ada juga yang berkerja di jabatan hasil dalam negeri walaupun mereka mengambil bidang kimia semasa belajar dulu.Saya sendiri pernah menyambung pelajaran di uitm(dulu di kenali sebagai itm)Shah Alam dalam jurusan System Analyst.Malangnya oleh sebab faktor keawangan,saya hanya mampu bertahan selama sebulan.Tambahan ketika itu saya mendapat tawaran sebagai pekerja Skim Khidmat Siswazah di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang secara kontrak.Selepas 9 bulan di Kuantan saya,berpindah ke Kuala Lumpur.Di Kuala Lumpur saya berkerja sebagai tutor sambilan di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan Penunjukajar dimakmal Universiti Pertanian Serdang dan juga Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.Saya juga pernah menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Perempuan Seri Aman Petaling Jaya ketika saya masih bujang.Selepas saya berumah-tangga saya bekerja sebagai pembantu penyelidik di Jabatan Kimia di Universiti Malaya.Juga secara kontrak.Oleh kerana pekerjaan secara kontrak tidak menjamin apa2,saya dan keluarga berpindah semula ke Pahang pada tahun1991.Kami tinggal di bandar Pekan.Di sini saya berkerja sebagai 'Planning Officer di sebuah kilang elektronik dengan gaji permulaan sebanyak rm600 sebulan.(walaupun saya memiliki ijazah).Hanya hampir selepas 2 tahun barulah gaji saya  di naikkan menjadi rm800.Dengan gaji sebanyak itu ditambahi dengan bilangan anak semakin bertambah,berulang-alik dari Kuantan ke Pekan,akhirnya saya terpaksalah berubah jawatan sekali lagi.Surirumah sepenuhmasa.Tetapi oleh kerana sudah biasa tak duduk diam,saya cuba menceburi bidang jahitan dengan sebagai permulaannya saya mengambil upah menjahit baju untuk sebuah butik di Kuantan.Sebenarnya saya sudah mula belajar menjahit baju kurung sikit-sikit sejak sekolah menengah lagi.Ini disebabkan saya selalu kompen baju yang mak saya buatkan untuk saya.Selalunya mak saya buatkan baju yang agak besar untuk saya supaya bila saya besar sikit,saya masih boleh pakai baju tersebut.Oleh itu mak saya suruh saya buat sendiri.Semasa saya mengandung anak yang ke tujuh,saya bosan kerana tiada apa yang hendak di buat.(Baju butik hanya sekali-sekala),saya mengikuti kursus membuat langsir dengan MARA selama seminggu.Tamat kursus saya masih belum berani menumpu sepenuhnya pada bidang ini.Hanya setelah mengikuti kursus asas langsir dengan Ex-Home Deco barulah saya berani mengadakan kursus-kursus untuk pelanggan saya.Saya akan sambung lagi cerita bagaimana saya memulakan perniagaan saya.

No comments:

Post a Comment