Sunday, September 4, 2011

Hadiah sebuah kesusahan.

Sepanjang bulan puasa,biasanya selepas sahur saya akan menonton tv9,sambil menunggu waktu subuh.Diwaktu2 begini saya suka menonton rancangan halaqah.Banyak memberi keinsafan kepada saya.Salah satu dari rancangan tersebut ialah hadiah sebuah kesusahan.(kalau tak silap).Saya renungi kehidupan saya sendiri.Memang betul bila kesusahan melanda kita akan jadi lebih mendekati dan mengingati yang Maha Esa.Betullah kata orang,Allah duga kita kerana Dia sayangkan kita.Mungkin kalau tiada dugaan,kita akan jadi alpa.Maklumlah semuanya selesa.Kesusahan juga menguji kasih sayang,menjadikan kita lebih kreatif,lebih tabah dan matang serta lebih menghargai apa yang kita ada.Semoga ketabahan akan terus menjadi milik saya.Islam banyak mengajar umatnya menjalani hidup yang lebih sempurna.Semoga orang2 yang saya sayangi juga memperolehi apa yang saya hayati sekarang.Kesusahan adalah hadiah yang bernilai yang mungkin sukar bagi seseorang yang sukar untuk memahaminya.Tapi rahmat bagi yang mengetahuinya.Jadi sesiapa yang diluar sana mengalami kesusahan samada dari segi mental atau fizikal,sabarlah.ada sesuatu hikmah sedang menanti anda.
Bacalah doa ini.Ya Allah,aku berlindung dengan-MU daripada rasa susah dan dukacita,aku berlindung dengan-Mu daripada sifat lemah dan malas,aku berlindung dengan-Mu daripada sifat penakut dan bakhil,aku berlindung dengan-Mu daripada bebabnan hutang dan penindasan orang lain.Bacalah pada waktu pagi dan petang.

No comments:

Post a Comment