Sunday, September 11, 2011

selepas raya

Setelah seminggu bercuti raya,akhirnya kesibukan mula melanda semula.Terpaksalah kerja lebih masa.Ada masanya terpaksa balik malam.Kalau dulu sibuk dengan baju raya,sekarang sibuk baju orang nak kahwin pula.Ada yang tempah baju nak gi dinnerlah.Mak andam pun dah mula busy menempah.Tahun ni saya mula maju selangkah lagi.Buat baju baju pengantin.Bukan nak buka andaman.Cuma buat baju.Pelajar baru pun dah mula masuk.Ramai yang menalipon.Kelas jahitan masih ada puan.Insyaalah ada lagi.Yurannya pun masih sama.Rm200 untuk 16 jam.Nak belajar baju perempun atau baju lelaki,dua2 boleh.Nak belajar buat baju pengantin pun boleh.Tapi mestilah dah ada asas jahitan pakaian.kalau tidak susah juga.Kelas langsir pun boleh.Dalam masa yang sama kelas membuat roti anak saya pun dah mula berjalan.Insyaalah kelas pertamanya akan bermula pada 22 hb.sept.2011.Kelas membuat coklat saya pun insyaalah akan saya adakan.Sudah ada seorang dua yang bertanya.Tunggu cukup korum saya akan adakan(akan adakan pada hujung minggu sahaja).Mungkin ada yang akan berkata,wah banyaknya saya buat.Saya ada mendengar seorang ustaz diradio berkata,untuk sampai kepuncak gunung kita akan menempuh pelbagai cubaan.kalau tidak kita tak akan sampai kepuncak.Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.Ini gambar2 roti yang saya sendiri pergi belajar buat.
 
 

No comments:

Post a Comment